WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Kuala Langat Catat 194 Kes Denggi, 1 Kematian Awal 2015

Kuala Langat catat 194 kes denggi, 1 kematian awal 2015

KUALA LANGAT, 7 FEB: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengambil peluang menganjurkan program gotong-royong perdana dengan kerjasama agensi kerajaan, persatuan pengilang dan orang awam selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membasmi masalah denggi di Selangor, hari ini .

Program yang dianjurkan secara tahunan itu bertujuan mewujudkan persekitaran bersih di daerah Kuala Langat, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar dan tindakan awal pencegahan banjir termasuk wabak denggi.

Setiausaha MDKL, Mohd Yasin Alwi berkata, usaha itu mampu menjadi pemangkin kepada orang ramai untuk terus menjaga kebersihan alam sekitar dan kawasan setempat secara berterusan.

“Ia juga akan menjadi mekanisme bagi kita untuk membendung masalah denggi selaras dengan hasrat dan saranan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang turut melancarkan program Terjah dan Musnah Aedes di daerah Petaling, hari ini.

“Program ini juga jelas menunjukkan bukan sahaja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memainkan peranan, bahkan semua pihak perlu bekerjasama menjayakan usaha ini,” katanya pada Program Gotong-Royong Perdana Kawasan Industri Telok Panglima Garang, dekat sini.

Mohd Yasin berkata, pihaknya bersetuju dengan pendekatan Mohamed Azmin supaya semua PBT mengambil tindakan keras ke atas pihak yang didapati menyumbang kepada peningkatan masalah demam denggi di negeri itu.

Katanya, 194 kes dengan satu kematian dicatatkan awal tahun ini di daerah Kuala Langat dan ia menjadi pemangkin kepada PBT itu untuk terus giat berusaha membasmi wabak denggi.

“Daripada laporan Jabatan Kesihatan Negeri, masalah denggi di Selangor memang membimbangkan dan semakin serius. Hanya dengan kerjasama semua pihak sahaja dapat memastikan segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Program gotong royong yang disertai kira-kira 100 peserta itu melibatkan empat jalan utama di daerah Kuala Langat iaitu Jalan Suasa, Jalan Perak, Jalan Perak 2 dan Jalan Enggang.

 


Kemaskini pada 2015-06-16 12:08:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354949 Tarikh Kemaskini : 20 04 24