WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Letupan Kuari Punca Rumah Retak

Letupan kuari punca rumah retak

 

KUALA LANGAT,10 Jun 2015 – Rumah retak, jalan rosak, debu dan habuk berterbangan ditambah bunyi bising setiap kali aktiviti letupan kuari dijalankan.

Masalah itu menyebabkan penduduk di Bandar Saujana Putra 2 (BSP2) di sini, tertekan memikirkan isu yang didakwa tidak berkesudahan sejak menduduki perumahan tersebut tiga tahun lalu.

Pengusaha dikatakan menjalankan kerja-kerja kuari kurang 100 meter dari jarak rumah diduduki.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Nasri, 36, berkata, dia menanggung kerugian hampir RM3,000 bagi membaiki rumahnya yang mengalami keretakan serius akibat kerja letupan dari tapak kuari.

Dia mendakwa pihak kuari sebelum ini enggan bertanggungjawab dan menyatakan keretakan berpunca dari tanah lombong yang dimajukan menjadi kawasan perumahan.

“Kalau sebab tanah lombong, malam pun boleh retak. Ni tidak, asal berlaku letupan masa tulah rumah pun alami keretakan. Dah nak lebih setahun kami buat aduan. Kami tak mahu pengusaha kuari datang buat cerita wayang janji itu dan ini tapi tak ada apa-apa,” katanya.


Penduduk mahu kuari ditutup

Seorang lagi penduduk, Mohd Noor Amal Azmai, 30, pula berkata, penduduk mahu pihak kuari memberi pampasan selagi aktiviti masih dijalankan di tapak.

Katanya, dia difahamkan syarikat tersebut mendapat kebenaran melakukan aktiviti kuari dalam tempoh 10 tahun lagi.

“Pihak syarikat memang janji nak beri pampasan kalau kerosakan berpunca daripada mereka, tapi sampai bila? Letupan ini akan berterusan, rumah akan retak lagi. Kalau boleh tutup terus kuari, dah tak relevan ia wujud di situ,” katanya.

Mohd Noor berkata, pihak syarikat juga tidak perlu timbulkan persoalan sama ada kuari wujud terlebih dahulu atau pembangunan perumahan.

“Dulu memang tak ada orang buat aduan, tapi lepas penduduk pindah di sini sejak 2012, kuari tu patut ditutup,” katanya.


Harap pampasan dibayar setiap bulan

Dalam pada itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) BSP 2, Mokhzani Aris Mohd Yusuf berkata, lebih 50 rumah terjejas dan menerima kesan secara langsung akibat aktiviti kuari.

Dia mengucapkan syukur apabila pihak kuari meminta penduduk mengemukakan dokumen tuntutan rumah rosak untuk dibincangkan di peringkat pengurusan syarikat tersebut.

Pihaknya akan mengepilkan tuntutan ganti rugi dihadapi penduduk terlibat dan membuat serahan dalam tempoh dua minggu.

“Saya harap syarikat bayar pampasan kepada penduduk setiap bulan kerana kerja di tapak berterusan, keuntungan diperolehi pihak kuari dan kerajaan negeri patut dikongsi bersama penduduk yang terima kesan,” katanya ketika sesi dialog antara wakil pihak kuari bersama penduduk, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Tanjung Balai Quarry Sdn Bhd yang juga pemilik kuari, Datuk Ng See Kaw berkata, pihaknya akan membayar ganti rugi kepada penduduk sekiranya kerosakan berlaku berpunca daripada aktiviti dijalankan di tapak kuari.

Namun jika bukan berpunca daripada pihaknya, dia akan meminta kerajaan negeri beri bantuan bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

“Saya masih tunggu dan akan buat siasatan terhadap butiran dokumen dihantar penduduk, apa-apa keputusan akan dibuat dalam tempoh sebulan selepas itu,” katanya yang memberi sumbangan RM5,000 kepada persatuan penduduk untuk jalankan aktiviti keselamatan.

Beliau berkata, setiap kali letupan dilakukan, ia dikawal pihak berkuasa dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Katanya lagi, hanya pihak tersebut boleh memberi arahan penutupan operasi kuari.

 

 


Kemaskini pada 2015-06-16 12:07:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356148 Tarikh Kemaskini : 24 04 24