WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Lelaki maut dihempap pokok di Telok Datok

Lelaki maut dihempap pokok di Telok Datok 

KUALA LANGAT: Hujan lebat dan angin kencang di sini, petang tadi mengakibatkan seorang lelaki maut dihempap pokok yang tumbang. Dalam kejadian pada jam 2.30 petang
di hadapan Pejabat Perhutanan Telok Datok itu, mangsa A Panambalan, 54, mengalami kecederaan parah di beberapa anggota dalaman akibat ditimpa pokok. Seorang saksi,
Muhammad Salihin Samad, berkata kejadian yang berlaku kira-kira lima minit itu dimulai dengan hujan lebat, sebelum secara tiba-tiba angin kencang melanda. "Ketika itu, saya
sedang berteduh berdekatan tempat kejadian, manakala mangsa yang maut itu sedang melalui di hadapan saya, yang jaraknya kira-kira 20 meter. Kemudian saya dikejutkan
dengan suara orang menjerit dan melihat sebatang pokok tumbang menghempap mangsa. "Memang ketika kejadian, angin sangat kuat, keadaan agak kelam kabut kerana banyak
objek berterbangan di sekitar kawasan kejadian. "Saya tidak menyangka pula yang maut dihempap pokok, walaupun kejadian hanya berlaku beberapa minit sahaja," katanya ketika
ditemui BH di sini. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.44 petang dan tiba di tempat
kejadian kira-kira lapan minit kemudian. "Dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang, sebatang pokok tumbang dan menghempap seorang mangsa berusia 54 tahun yang ketika
itu sedang berada di kawasan berkenaan. "Pihak bomba yang tiba bertindak memotong dahan yang menghempap mangsa yang berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian," katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.



Kemaskini pada 2015-06-16 12:24:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356632 Tarikh Kemaskini : 25 04 24