WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Pengawal keselamatan maut ditetak

Pengawal keselamatan maut ditetak

BANTING,3 MAC 2015 : Seorang pengawal keselamatan warga tempatan berumur 50 tahun mati ditetak oleh sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di Teluk Panglima Garang, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi pengawal keselamatan mengalami kecederaan parah di tangan. Ketua Polis Daerah Kuala Langat,
Superintendan Azman Abdul Razak, berkata ketika kejadian, mangsa yang mati itu berada di dalam pondok pengawal, sebelum secara tiba-tiba diserang oleh kesemua suspek.
"Sekumpulan empat lelaki itu kemudiannya cuba menetak rakan mangsa dan mengenai bahagian tangannya, namun dia berjaya lari menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.
Azman berkata, polis menolak dakwaan kes berkenaan ada kaitan dengan unsur perkauman atau kongsi gelap, sebaliknya menegaskan ia berpunca perebutan kawasan keselamatan.
"Kami berharap orang ramai tidak memanipulasi kes ini dan tidak menokok tambah apa-apa maklumat yang tidak benar supaya tidak menimbulkan kekacauan," katanya. Beliau berkata,
seramai empat lelaki sudah ditahan di sekitar Kuala Langat bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat dihantar ke
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.



Kemaskini pada 2015-06-16 12:24:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356461 Tarikh Kemaskini : 25 04 24