WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Ladang babi curi air terawat, Syabas rugi RM77,000

Ladang babi curi air terawat, Syabas rugi RM77,000

KUALA LANGAT, 3 MAC 2015: Sebuah ladang ternakan babi yang beroperasi sejak 16 tahun lepas di sini diserbu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini kerana didakwa melakukan
penyambungan paip haram serta mencuri air terawat mengakibatkan kerugian RM77,000. Pengarah Eksekutif Projek dan Air Bukan Hasil (NRW) Syabas, Yusuf Badawi berkata, kegiatan haram
yang dilakukan pemilik ladang itu dikesan setahun lepas apabila bacaan meter air yang berdaftar dengan operator air berkenaan diragui. "Hasil siasatan lanjut, kita mendapati pemilik ladang
melakukan penyambungan paip poli berukuran 20 milimeter secara haram sepanjang 200 meter daripada paip utama untuk disalurkan ke kandang ternakan dan tandas di dalam ladang tersebut.
"Kegiatan haram yang dilakukan itu menyebabkan sebanyak 33,300 meter padu air terawat telah dicuri pemilik ladang, malah dia juga didapati menggunakan pam bagi meningkatkan proses
kemasukan air ke ladang berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sehubungan itu, katanya, Syabas melakukan proses pemotongan bekalan air bagi penyambungan paip haram
itu serta-merta dan pemilik ladang terbabit telah diambil keterangan untuk tindakan selanjutnya. Dalam perkembangan lain, Yusuf berkata, bagi tempoh Januari hingga 25 Februari lepas,
sebanyak 1.7 juta meter padu air dikesan digunakan secara tidak sah melibatkan 148 aduan berhubung kegiatan penyambungan paip haram dan kes kecurian air di Selangor. Katanya, dalam tempoh
dua bulan, Syabas mengalami kerugian RM3.9 juta hasil daripada kegiatan haram tersebut. "Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas pula, kita telah menyiasat 4,551 kes dan 512
daripadanya didapati kes sahih melibatkan 6.5 juta meter padu air digunakan secara haram. "Daripada jumlah kes sahih tersebut, Syabas telah membuat tuntutan sebanyak RM14 juta daripada
individu yang terlibat dalam kes berkenaan," katanya. Beliau berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi mencegah kegiatan haram tersebut dan menyarankan orang ramai segera
melaporkan sebarang aktiviti mencuri air kepada Syabas atau pihak berkuasa. - BERNAMA

Kemaskini pada 2015-06-16 12:26:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356370 Tarikh Kemaskini : 24 04 24