WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Naik lori pusing satu kampung

Naik lori pusing satu kampung

image

28 jun 2017 - KUALA LANGAT - Baraan dan munjong antara kelebihan aktiviti yang akan ditemui apabila beraya di kampung.

Aktiviti sebegini sangat sinonim dalam masyarakat kampung terutama dalam perkampungan Jawa.

Namun aktiviti itu kini, dilihat menjadi tradisi dalam sesebuah kampung sebagai tarikan dan tumpuan dalam membezakan sama ada beraya di kampung atau di bandar.

Bagi Ketua Kampung Tumbok, Abdul Rahim Hassan berkata, aktiviti baraan dan munjong sebenarnya dilakukan sebagai tanda sedekah kepada jiran dengan menghulurkan sebungkus makanan yang dimasak secara bergotong royong sama ada keluarga atau masyarakat setempat.

Menurutnya, biasanya tuan rumah akan menyediakan seekor ayam, nasi impit, kuah kacang dan rebus tumisan masakan sayur yang ditumis bersama kubis, lobak, kentang dan suun dan diagihkan kepada jiran-jiran.

“Macam saya, saya buat aktiviti Munjong Sekampung untuk diagihkan kepada 115 penduduk di kampung ini.

"Aktiviti munjong ni biasa diagihkan sehari sebelum raya, pagi raya dan ada juga dilakukan seminggu awal bagi memberi peluang mereka merasai juadah yang dimasak.

"Tradisi munjong memang jarang didapati di bandar malah apabila anak-anak di bandar pulang ke kampung pasti mereka akan bertanya ibu atau bapa mereka tiada jiran munjong ke?" katanya.

Tambahnya, biasanya anak-anak teruja hendak makan makanan jiran-jiran yang munjong sebab aktiviti itu meriah sempena menyambut Aidilfitri di kampung.

Mengulas mengenai tradisi baraan di kampungnya pula, Abdul Rahim berkata, biasanya baraan dilakukan pada pagi raya melibatkan warga emas, dewasa dan kanak-kanak.

Katanya tradisi baraan ini pula hanya dijalankan atas permintaan tuan rumah yang mahukan bacaan takbir dan doa dibaca di rumah mereka.

“Bila ada permintaan, kita datanglah ke rumah mereka beramai-ramai macam datang raya tapi dalam kalangan penduduk kat situlah.

“Meriah memang meriah, sebab masa ni lah kita dapat berjumpa semua ahli keluarga tuan rumah, ye lah anak cucu mereka pulang ke kampung kan, jadi meriahlah,” katanya.

Naik lori pusing kampung

Berbeza bagi penduduk Zon 2, Kampung Sungai Lang Tengah yang telah menganjurkan aktiviti baraan menggunakan lori sejak lebih 20 tahun lalu.

Pengerusi Surau Nurul Iman, Zon 2, Kampung Sungai Lang Tengah, Nordin Kasan berkata, tradisi sekumpulan penduduk menaiki lori pusing satu kampung sering dinantikan seluruh penduduk kampung.

Malah, aktiviti itu bukan sahaja menghidupkan suasana beraya di kampung sangat meriah malah, ahli keluarga yang jarang pulang ke kampung turut tidak ketinggalan menanti lori yang dihiasi dengan pembesar suara dan mikrofon lalu di hadapan rumah mereka.

“Biasanya aktiviti ni dibuat pada malam raya selepas Solat Isyak melibatkan hampir 20 ke 30 orang.

“Kita akan bahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan pergi tiga buah rumah dan kumpulan satu lagi pergi tiga rumah lagi.. rumah yang terakhir nanti biasanya kita akan bacakan doa, bertakbir dan tahlil sebelum berarak ke seluruh kampung dengan lori,” katanya.

Beraya 10 rumah raya pertama

Bagi Siti Nabilah Ahmad, 32, dan suami Rosnan Saiman, 46, perkara yang paling seronok beraya di kampung apabila dapat berkunjung ke rumah sanak-saudara lebih lima rumah di pagi Syawal.

Menurut Siti Nabilah, mempunyai anak kembar Alia Safia dan Sara Safia,5, antara keseronokan beraya di kampung apabila mereka sering menjadi tumpuan ramai.

“Kalau di bandar mungkin sudah biasa, tapi di kampung ni lain, sehinggakan anak pakai sedondon mesti ramai tanya kembar ke, yang mana kakak yang mana adik. Orang kata sikap ramah mesra tu berpanjangan setiap kali kedatangan Syawal,” katanya.

Nabilah berkata, jika di kampung suasana kunjung mengunjungi dilihat berlaku sepanjang hari sehinggakan badan terasa penat pun tiada masalah.

Katanya, budaya beraya lebih dari lima rumah itu sudah biasa bagi masyarakat kampung dan tidak mustahil ada di antara mereka beraya sehingga ke 10 atau 12 buah rumah sehari dalam satu kampung walaupun jarak rumah mereka dekat -dekat.

Berlainan bagi, seorang Perunding Kecantikan, Puteri Rabiatudawiah Ab Rahman, 34, berkahwin dengan seorang lelaki yang tinggal di kampung menjadikan dirinya berdepan dengan kejutan budaya.

Menurutnya, apabila beraya di kampung, ahli keluarga mesti beraya pada hari pertama lagi dengan mengunjungi rumah sanak saudara yang dekat -dekat dalam kampung.

“Pendek kata kalau ada 10 buah rumah, semua mesti dihabiskan dalam sehari, namun selepas enam tahun saya boleh dah sesuaikan diri, cuma penatlah. Tapi kalau cerita bab juadah hari raya ni saya memang suka sebab macam-macam ada dan paling gemar dengan masakan rendang arnab, bamia, pecal dan kuah kacang mak mertua saya, itu yang saya nantikan kalau beraya di kampung suami di Banting,” katanya.

Rabiatudawiah berkata, menjadi orang Kuala Lumpur sejak kecil, memanglah berbeza dengan beraya di kampung, cuma bila balik kampung ni, budaya kekeluargaan mereka sangat akrab, malah saling hormat -menghormati antara satu sama lain sekaligus dia sendiri mendidik anak-anak untuk mencontohi perkara baik itu.

Ibu kepada tiga orang anak itu, bagaimanapun, gembira diberi peluang hidup dalam suasana kampung selain mempelajari budaya masyarakat kampung walaupun berdepan dengan situasi kejutan budaya setiap kali 1 Syawal.

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-07-03 11:39:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354718 Tarikh Kemaskini : 19 04 24