WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Peti sejuk kotor, tempat masak menjijikkan

Peti sejuk kotor, tempat masak menjijikkan

image

Anggota penguat kuasa memeriksa keadaan dalam premis makanan.

image

Keadaan tempat memasak yang terlalu kotor.

6 Mac 2019 - JENJAROM - Peti sejuk menyimpan makanan tidak diselenggara dengan baik selain keadaan tempat memasak terlalu kotor serta menjijikkan dan mengundang haiwan pembawa penyakit.

Begitu gambaran keadaan di tiga kedai makan sekitar Bandar Saujana Putra di sini, hingga memaksa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengambil tindakan menyita premis terbabit.

Timbalan Yang Dipertua MDKL Mohd Yasin Alwi berkata, dalam serbuan mengejut melibatkan beberapa agensi kerajaan di 14 premis makanan sekitar kawasan itu, enam warga asing turut ditahan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan tersebut dua buah premis menjual makanan disita Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat di bawah Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MDKL) 2007 manakala sebuah lagi di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Terdapat peniaga dikenakan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MDKL) 2007 kerana membuang cecair kotor terus ke dalam longkang.

"Secara keseluruhan, MDKL keluarkan 12 notis kesalahan iaitu enam notis di bawah Undang-undang Kecil 3, Undang-undang Kecil Penjaja, tiga notis di bawah Seksyen 46 (1)(a), Akta 133 dan tiga notis di bawah Seksyen 46 (1)(d), Akta 133. Manakala Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat mengeluarkan sebanyak 23 notis kesalahan, " katanya.

 

image

Keadaan tempat memasak yang terlalu kotor.

Operasi berkenaan disertai 41 orang anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi.

Mohd Yasin berkata, Jabatan Imigresen menahan warga asing atas kesalahan tidak memiliki pas yang sah untuk berada di dalam Malaysia di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, ada warga asing melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di sebuah restoran.

"Dengan kepantasan anggota Imigresen, pendatang tanpa izin terbabit dapat ditahan di lorong belakang sebuah restoran.

"Dalam serbuan sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengeluarkan satu kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipercatuan Peraturan 3 (1) Penandaan Harga oleh Peniaga Runcit (PHOPR) 1993 kerana tidak mempamerkan tanda harga makanan," katanya.

image

Peti sejuk menyimpan makanan tidak diselenggara dengan baik.

Dalam pada itu, beliau kecewa dengan kedegilan sesetengah peniaga yang mengabaikan aspek kebersihan semasa penyediaan makanan di daerah ini.

Katanya, pihaknya menjalankan pemantauan dan operasi sebagai aktiviti rutin bagi memastikan kebersihan premis menjual makanan berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin dalam usaha mengurangkan kadar insiden penyakit bawaan makanan dan air.

"Dalam operasi ini kita turut rampas sebanyak 94 kerusi, 24 meja dan satu khemah kecil yang diletakkan di petak parkir kerana ia didapati mengundang risiko keselamatan kepada pelanggan yang menikmati makanan.

"Jika perkara ini tidak dibendung, boleh menyebabkan berlaku kemalangan melibatkan pengunjung yang menikmati makanan di tempat tidak dibenarkan.

"Saya ingatkan peniaga di daerah ini supaya patuhi syarat dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa. Orang ramai juga disaran supaya tidak duduk di kerusi meja yang diletakkan di petak letak kenderaan serta menyalurkan maklumat kepada MDKL sekiranya terdapat mana-mana pemilik premis perniagaan makanan yang di dapati melakukan sebarang kesalahan yang boleh memudaratkan pengguna, "katanya.

image

Lipas yang ditemui di dapur memasak.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-03-15 09:51:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1357243 Tarikh Kemaskini : 27 04 24