Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Perkelahan dan Rekreasi


Air Terjun Sungai Sendat ,
Ulu Yam

 

Air terjun Sungai Sendat mempunyai tiga tingkat. Tingkat pertama, kolamnya agak luas dengan 
kedalaman 
yang sesuai untuk mandi-manda.Tingkat kedua pula kolamnya cetek dan tidak sesuai 
untuk berenang, namun 
untuk bersantai apa salahnya. Jika anda berani, boleh mencuba untuk 
menggelongsor dari kolam tingkat dua
ke tingkat satu. Kolam di tingkat tiga pula tidak begitu luas, 
tetapi kedalamannya sesuai untuk aktiviti berenang 
dan terjun tiruk. Bagi mereka yang tidak pandai 
berenang, tidak disarankan untuk berada di kawasan ini.Hutan 
lipur itu juga sesuai untuk aktiviti 
perkhemahan. Pihak Jabatan Perhutanan negeri turut menyediakan beberapa 
tapak khas untuk 
pengunjung berkhemah. Ada juga tapak perkhemahan yang disimen bagi keselesaan pengunjung.
Jika 
berkhemah di tepi air terjun, lebih meriah jika ada aktiviti barbeku. Membakar ayam dan daging sambil 

mandi-manda terasa sangat menyeronokkan.Sudah puas berendam di dalam air, rasa hendak buang
air kecil pula. 
Jangan risau kerana kemudahan awam seperti tandas dan surau turut disediakan.
Tong-tong sampah juga mudah 
didapati dan diharapkan pengunjung dapat menjaga kebersihan
kawasan tumpuan awam ini.Selain bermain air 
terjun, pengunjung boleh mencuba aktiviti meredah
hutan. Habuannya, anda dapat melihat pelbagai spesies flora 
dan fauna. Bahkan, rama-rama Rajah
Brooke yang cantik dan terbesar di Malaysia boleh dilihat di sini.Hutan lipur 
yang wujud sejak lebih
seratus tahun lalu merupakan ‘rumah’ kepada 2,500 spesies pokok, 200 spesies mamalia,

600 spesies burung, 110 spesies ular, 860 spesies cicak dan beribu-ribu spesies serangga.


Taman Millenium, Kuala Kubu
Bharu


 
 
  • Tarikan Utama :Rekreasi dan Taman Tasik.
  • Kemudahan disediakan:
    • Kemudahan Rekreasi Aktif
    • Kemudahan Rekreasi Pasif
    • Tandas
    • Stadium
    • Menara Pandang
    • Gerai
    • Surau
    • Dewan
    • Wakaf
    • Bilik Persalinan

Rumah Rehat, Kuala Kubu
Bharu


 
 
  • Tarikan Utama : Tempat Pelancongan, Aktiviti Rekreasi, Golf dan Seminar.
  • Kemudahan disediakan :Alamat : Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu,
    • 10 Bilik
    • 1 VIP Suite
    • Restoran
    • Bilik Seminar dan Bilik Mesyuarat
    • Dewan
    • Tandas
    • Surau
Jalan Padang Golf,
Kuala Kubu Bharu
No. Tel : 03-60645510

Kolam Air Panas, Hulu Tamu
Batang Kali

 
 
  • Tarikan Utama :Kolam Air
  • Kemudahan disediakan:
    • Tandas
    • Wakaf
    • Bilik Persalinan

1|2|3

Kemaskini pada 2021-08-30 08:21:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page