Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Perkelahan dan Rekreasi

 

Sungai Inki ,Kalumpang
 
 

Sungai Inki terletak di KalumpangSelangorMalaysiaSungai ini mengalir hingga di antara 
Kampung Gumut dan GumutTambahan.Seterusnya hingga ke Hulu Bernam dan menjadi
pemisah antara Selangor dan Perak yang dinamakan Sungai Bernam. Sungai Inki cukup
sinonim dengan orang Kalumpang dan pencinta alam semula jadi yang biasa ke sana apatah
lagi yang suka mandi manda serta berkelah di sungai yang mana suasananya sungguh 
nyaman. Air daripada sungai ini yang paling ulu sekali juga direzabkan sebagai kawasan
tadahan hujan yang menjadi tempat larangan yang diselenggara oleh Jabatan Bekalan
Air bagi seluruh kawasan Kalumpang. Sungai ini juga adalah penyumbang kepada bekalan
air bersih yang disalirkan terus ke loji pembersihan untuk diproses.Selain itu sungai ini juga
mempunyai cabang sungai kecil yang menjadi sumber air untuk kegunaan orang-orang di
Kampung Pasir Puteh pada era 1950-an hingga ke 80-an. Orang kampung telah membina
sebuah 'Pancur' yang dibahagikan dua untuk mengasingkan pengguna laki-laki dan perempuan.
Malangnya pancur ini tidak lagi popular seperti dahulu kerana pembangunan telah merubah 
corak kehidupan orang kampung dan 100% penduduk di Kampung ini telah mendapatkan
bekalan air paip bersih. Di sepanjang Sungai Inki ada beberapa tempat yang telah diberi
nama oleh orang-orang Kampung Pasir Puteh di mana yang paling atas sekali dibina taman
rekreasi siap dengan wakaf untuk sekeluarga berkelah yang dipanggil 'tempat rekreasi'.
Kemudian ke bawah sedikit telah dimajukan oleh seorang pengusaha Challet yang menamakan
tempat itu sebagai'Kalumpang Recreation & Training Resort - KRTC', ke bawah sedikit ada
sebuah tempat yang agak popular di kalangan orang yang pernah ke sana. Ia menjadi
tempat paling digemari oleh penduduk kampung berdekatan untuk berkelah dan mandi
manda yang dinamakan'Jambatan Roboh' kemudian diikuti dengan sebuah tempat yang
dinamakan 'Lubuk Tempayan' dan di muara pula dinamakan'Sungai Kala' berdekatan
dengan pengusaha Challet yang sama yang menamakan tempat itu sebagai 'Pasir Putih Resort'. 

Air Terjun Semangkuk

 

 

 

Tarikan Utama : Sungai
Kemudahan disediakan:
    i) Tandas
   ii) Pondok

Santuari Ikan Kelah, Sungai Chiling

 

 

Tarikan Utama : Air Terjun, Ikan Kelah,Merentas Hutan              
Kemudahan disediakan:

Tandas -Pondok -Surau -Bilik Persalinan Kawasan dikelola sepenuhnya oleh Jabatan Perikanan

Sungai Kedondong, Batang Kali

 

 

 

 

Tarikan Utama : Sungai

Kemudahan disediakan:

  • Tandas
  • Surau
  • Dewan
  • Wakaf
  • Bilik Persalinan
 
 
1| 2|3

Kemaskini pada 2021-08-16 17:52:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page