Portal RasmiKERAJAAN NEGERI SELANGOR |
|
KUALA LUMPUR, 24 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kempen dan hebahan sebagai pecutan terakhir buat rakyat Selangor mendaftar Skim Air Darul Ehsan sebelum tarikh tutup pada 31 Disember ini.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Abdul Halem Mat Som berkata, pelbagai medium komunikasi dimanfaatkan termasuk menerusi media cetak, elektronik, berita atas talian dan media sosial seperti Facebook, Instagram serta Twitter bagi menyeru rakyat negeri ini mengambil peluang mendaftar air percuma.