Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Aktiviti Sempena Cuti Sekolah Anjuran Jabatan/Agensi Di Selangor

 

Aktiviti Sempena Cuti Sekolah Anjuran Jabatan/Agensi Di Selangor

Tahukah anda, pelbagai aktiviti sempena cuti sekolah disediakan oleh pelbagai jabatan di peringkat Negeri Selangor. Mari kita lihat beberapa jabatan yang mempunyai aktiviti khas yang sentiasa menjadi perhatian apabila tiba musim cuti sekolah. Semoga perkongsian bermanfaat dan dapat mempromosikan lokasi sebagai tarikan untuk dikunjungi.

Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS)
Aktiviti Khas Cuti Sekolah : Pelbagai Aktiviti Di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Tarikh : Sepanjang cuti sekolah, sila ikuti media rasmi dari semasa ke semasa
Tempat : Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Website : https://www.ppas.gov.my/programcutisekolah

Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/selangorlibrary


Jabatan : Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
Aktiviti : Pameran Khas - Pameran Anak-Anak Sidek Di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

Tarikh : 1 Nov - 30 April 2024
Tempat : Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/PADATSelangor


Jabatan : Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
Aktiviti : Selangor Fruit Valley

Tempat : Selangor Fruit Valley, KM7, Jalan Bestari Jaya - Rawang, Selangor
Masa : Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi - 4.00 petang)
Tiket : RM20 (Dewasa), RM15 (Kanak-kanak & Warga Emas)
Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/selangorfruitsvalley

 

Jabatan : Jabatan Agama Islam Negeri Selangor - Aktiviti Di Masjid Negeri Selangor
Aktiviti : Smart Khalifah (18-29 Disember 2023)

Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Penyertaan adalah terhad kepada 200 peserta berusia 7 -13 tahun yang telah mendaftar sahaja
Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/masjidnegeriselangor
*Terus ikuti Facebook Masjid Negeri Selangor untuk Siaran/Kuliah Online setiap hari!

 


Juga ikuti media rasmi/Facebook jabatan berikut:

1. Tourism Selangor untuk maklumat tempat menarik di Selangor. Jom "Pusing Selangor Dulu!"
Website : http://selangor.travel/
Facebook : https://www.facebook.com/TourismSelangor

2. Senarai Website Pihak Berkuasa Tempatan kawasan anda
 

 

 

 

------
Nota:
Jabatan anda ada aktiviti atau hebahan awam untuk makluman bersama? Maklumkan kami untuk menyertai ruangan Pengumuman Portal Selangor.

Diterbitkan pada 27 Disember, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator