Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hentian Bas Subang Parade dinaik taraf mudahkan pengguna

SUBANG, 15 JUL: Hentian Bas Subang Parade diberi nafas baru bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna menerusi peruntukan Pejabat Adun.

Adunnya, Hannah Yeoh berkata pihaknya mengambil ketetapan membaikpulih hentian tersebut berikutan keadaannya yang teruk selain berisiko dihempap pokok yang mereput.

IMG_6995“Hentian ini teruk tidak terurus sehingga air hujan membasahi kawasan menunggu kerana bumbungnya berlubang selain catnya lusuh serta pokok di bahagian belakang hentian yang mereput dikhuatiri mendatangkan masalah apabila hujan lebat.

“Peruntukan datang dari Kerajaan Negeri sebagai peruntukan Adun bagi tujuan penganjuran program atau infrastruktur. Jadi, kita belanjakannya untuk membaikpulih hentian dengan membina bumbung baru, cat semula, potong pokok dan memasang lampu untuk pencahayaan lebih terang ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau hasil kerja membaikpulih hentian bas Subang Parade yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Subang Parade, Nubly Zainuham, di sini, hari ini.

Hentian Bas Subang Parade merupakan hentian kedua yang diberi nafas baru di DUN Subang Jaya setelah hentian bas SS19 berhadapan Pangsapuri SS19/7 yang siap sepenuhnya pada Jun lalu.

Hannah berkata, kerja pembaikan yang memakan masa dua minggu itu melibatkan kos sejumlah RM19,950 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan kontraktor ZYFCO Enterprise.

“Bagi penyelenggaraan dan bekalan elektrik pula, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh MPSJ.

“Saya juga memohon kerjasama daripada pengurusan Subang Parade untuk memantau keadaan hentian berkenaan daripada aktiviti vandalisme,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-27 08:08:06 daripada Administrator

  •  
  • Print