Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

RM776,000 diperuntuk baik pulih 6 pangsapuri Ukay Indah

SHAH ALAM, 25 JUL: Sebanyak RM776,000 diperuntukkan Kerajaan Selangor untuk membaik pulih enam lif Pangsapuri Ukay Indah.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata kos itu melalui Skim CERIA dengan Kerajaan Negeri menyumbang 80 peratus daripada keseluruhan kos itu.

Iskandar Lif“Diharap penduduk menghargai setiap baik pulih dilakukan kerana tiga projek sebelum ini, ada pihak tidak bertanggungjawab membuat kerosakan sama kembali berulang.

“Kerajaan Negeri sedia membantu penduduk Pangsapuri Taman Ukay Indah, Ampang yang menghadapi kerosakan lif sejak setengah tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media.

Iskandar berkata, walaupun Badan Pengurusan Bersama (JMB) membayar baki 20 peratus, tapi hanya 5 peratus diperlukan sebelum kerja dimulakan manakala baki bayaran dibuat secara ansuran kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Kita yakin cara ini dapat membantu JMB meringankan beban hutang pembayaran balik.

“Jika setiap penghuni bekerjasama, setiap unit hanya dikenakan antara RM5 – RM20 sebulan bergantung kepada tempoh pembayaran balik,”katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-27 08:19:16 daripada Administrator

  •  
  • Print