Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Pembangunan sukan diperhebat lahir atlet bertaraf antarabangsa

SHAH ALAM, 31 JUL: Kerjasama pembangunan sukan diperhebatkan melalui usaha bersepadu antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan bagi menambahbaik prestasi atlet untuk cemerlang di peringkat antarabangsa.

Exco Sukan dan Belia, Amirudin Shari, berkata untuk tujuan itu, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) menjalinkan kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membincangkan elemen penambahbaikan sukan.

Sukan“Persekutuan bersetuju pembangunan sukan harus bersifat menyeluruh dan perlu ada kerjasama erat antara negeri dan pusat terutamanya pada sukan teras.

“Lihat sahaja Sukan SEA di Singapura baru ini, Malaysia berjaya meraih 57 pingat emas dan 27 daripadanya disumbangkan oleh atlet Selangor.

“Kejayaan Selangor ini diakui sendiri oleh MSN dan kita komited bekerja keras mengembangkan lagi sukan teras,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Amirudin berkesempatan bertemu Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, pada Majlis Rumah Terbuka Kau Jit Kaur yang turut dihadiri Pengarah MSN Selangor, Mohd Zubir Idrus dan Timbalan Pengarah Pembangunan Sukan MSN Selangor, Nizam Marjugi.

Dalam pertemuan itu, pelbagai aspek kerjasama erat antara Persekutuan dan Selangor bincangkan termasuk elemen penambahbaikan dan idea pembaharuan sukan.

“Kita bakal susuli dengan pertemuan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) untuk perbincangan lebih serius dalam usaha Selangor melahirkan lebih ramai lagi atlet berkualiti dan berpotensi untuk negara,” katanya.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-08-12 14:46:36 daripada Administrator

  •  
  • Print