Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

167,930 iklan haram diturunkan MBSA

SHAH ALAM, 18 OGOS: Sebanyak 167,930 iklan haram diturunkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sehingga Julai 2015.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, Shahrin Ahmad, berkata hasil pantauan MBSA mendapati sepanduk dan bunting dipasang di tiang lampu, pokok dan papan tanda nama jalan tanpa kebenaran mencacatkan pemandangan.

MBSA iklanKatanya, sehubungan itu, MBSA mengadakan operasi menurunkan iklan haram melibatkan anggota penguatkuasa di Pejabat Utama di Wisma MBSA serta anggota penguatkuasa yang ditugaskan di Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam..

“Antara iklan haram ditampal berkaitan dengan pinjaman wang, sewa lori, pusat tuisyen, lelong rumah, perubatan tradisional dan sebagainya.

“Majlis menasihatkan orang ramai khususnya syarikat dan individu yang berhasrat untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk supaya mendapat permit iklan dari MBSA sebelum membuat pemasangan,” katanya dalam kenyataan media.

Pertanyaan lanjut berhubung dengan permohonan permit dan pemasangan iklan boleh hubungi di Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Tingkat 13, Wisma MBSA atau hubungi talian 03-55105133 samb.408, 384, 485 dan 384.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-08-24 08:38:59 daripada Administrator

  •  
  • Print