Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Red Giants tumpaskan Perak 2-0, ketiga Liga Super 2015

SHAH ALAM 23 OGOS: Selangor berjaya menamatkan saingan Liga Super 2015 di tangga ketiga selepas meraih tiga mata penuh pada perlawanan terakhir dengan menewaskan Perak 2-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Selangor mengumpul 39 mata selepas 22 perlawanan, satu mata berkelebihan berbanding pasukan tangga keempat, Terengganu.

Johor Darul Ta’zim (JDT) pula berjaya mempertahankan kejuaraan apabila mengumpul 46 mata diikuti pasukan tangga ketiga musim lalu, Pahang yang muncul naib juara dengan 44 mata.

Ligas sSelangor pernah muncul juara Liga Super dua musim berturut pada 2009 dan 2010, namun sekadar meraih tempat ketiga pada 2011 dan 2012 sebelum memperbaiki pencapaian apabila muncul naib juara dua musim berturut pada 2013 dan 2014.

Lapor laman sesawang FAS, pada perlawanan malam tadi, Selangor yang memerlukan tiga mata penuh supaya tidak dipintas Terengganu mempertaruhkan kesebelasan utama yang sama kecuali S Veenod mengambil alih tempat Nazmi Faiz Mansor yang digantung akibat kad merah ketika bertemu Kelantan, Rabu lalu.

Gol pertama Selangor terhasil pada minit ke-27 menerusi rembatan deras kaki kiri Ahmad Hazwan Bakri dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam kabut susulan daripada sepakan sudut.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Perak kendalian Abu Bakar Fadzim hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-48 tetapi rembatan ketua pasukan, Nasir Basharudin sekadar mengegar palang gol Selangor meskipun Norazlan Razali sudah pun tertewas.

Selangor sebaliknya bertambah selesa apabila berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-70 menerusi gerakan solo Guilherme De Paula yang mengatasi dua pertahanan Perak sebelum melepaskan rembatan leret dari luar kotak penalti menewaskan Azizon Kadir.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat untuk memberikan kemenangan ke-11 buat Selangor musim ini dengan baki perlawanan lain menyaksikan skuad kendalian Mehmet Durakovic itu mengalami enam seri dan lima kekalahan.

Seterusnya, Selangor akan beraksi pada saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula pada 11 September ini dengan majlis undiannya bakal berlangsung pada Khamis ini (27 Ogos).

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-08-24 08:47:03 daripada Administrator

  •  
  • Print