Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

RM21.2 juta untuk pendidikan dan pembangunan muallaf

SHAH ALAM, 5 SEP : Sejumlah RM21.2 juta diperuntukkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi bantuan pendidikan dan pembangunan latihan muallaf, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf MAIS, Datuk Emran Kadir,  berkata RM17 juta dikhususkan kepada pendidikan, manakala RM4.2 juta untuk program latihan daripada jumlah itu.

Emran Kadir

“MAIS juga menambahbaik insentif pendidikan muallaf untuk semua peringkat baik dalam pengajian tinggi, sekolah atau institusi pengajian khas.

“Ia bagi membolehkan golongan ini terus berjaya mendapat pendidikan Islam dengan baik dan tersusun,” katanya pada Malam Anugerah Qudwatul Hasanah Muallaf ke-2 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam.

Pada masa sama, Emran berkata bantuan perniagaan seperti modal pusingan dan barangan bagi muallaf yang ingin menceburkan diri dalam bidang itu turut disediakan.

AKADEMIK MUALLAF

Katanya, MAIS memperuntukkan kira-kira RM750,000 setahun untuk tujuan itu dan kini ia semakin mendapat sambutan.

“Bantuan ini bukan hanya untuk individu pertama kali menceburkan diri dalam perniagaan tetapi boleh dimanfaatkan untuk mereka yang mahu mengembangkan perniagaan sedia ada,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-07 08:42:38 daripada Administrator

  •  
  • Print