Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Halal International Selangor perkenal program latihan di empat IPTA

SHAH ALAM, 3 SEP: Komitmen untuk Selangor terus menerajui industri dan perdagangan halalan toyyiban global diperluaskan lagi dengan kolaborasi bersama empat universiti tempatan.

Empat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terdiri daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) menandatangani perjanjian kolaborasi dengan Central Spectrum (M) Sdn Bhd.

Majlis menandatangani kerjasama Halal International Selangor dengan universiti (5)

Ketua Pegawai Eksekutif Halal International Selangor (HIS), Mahmoud Abbas, berkata kolaborasi itu bertujuan memperkenalkan program latihan yang diperakui oleh Halal Technical Competent Person (HTCP) di universiti berkenaan.

“Ditawarkan dalam lima peringkat iaitu untuk perkhidmatan dan perdagangan halal domestik juga global.

“Peserta akan didedahkan dengan ilmu praktik yang penting berkenaan pematuhan syariah, stadard Halal Malaysia serta pendedahan teknikal dan komersial oleh pakar industri halal,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Seri Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi Central Spectrum, Datuk Raja Idris Raja Kamarudin.

Majlis menandatangani kerjasama Halal International Selangor dengan universiti (1)

Beliau berkata, HIS mahu menjadikan ia sebagai landasan komuniti terulung bagi pasaran global dengan membuka peluang pasaran sedia ada. Jadi bagi memperluaskan lagi, kami mahu IPT terbabit sama. Kursus pendek selama satu hingga dua minggu sedang dijalankan.

“Kali ini, kami mahu jadikan ia program pembelajaran selama setahun setengah,” katanya.

HIS adalah inisiatif Central Spectrum (M) Sdn Bhd yang dilancarkan pada 2014 di Selangor untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi menyahut dan memenuhi permintaan perusahaan dalam perniagaan halal global.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-09 10:44:55 daripada Administrator

  •  
  • Print