Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Projek mitigasi 2 atasi gangguan air

GOMBAK, 28 SEP: Projek mitigasi 2 yang siap pada Oktober ini bakal menyelesaikan gangguan bekalan air sepenuhnya di Selangor dan Lembah Klang.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri juga memberi jaminan catuan air tidak berulang hingga menyukarkan pengguna.

Ia berikutan katanya projek itu membantu menyalurkan air bersih ke kawasan selatan Selangor kerana bagi menampung permintaan tinggi di kawasan terbabit.

Azmin Air

“Isu air sudah selesai dan tindakan proaktif sudah diambil untuk memastikan tiada lagi masalah bekalan air terputus.

“Saya yakin apabila siap program mitigasi 2, masalah air akan selesai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan buku ‘Coffee Table’ Permatang Kuarza Gombak di Tapak Rekreasi Empangan Klang Gates, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata pengambilalihan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga pada 15 Oktober nanti bakal menyelesaikan masalah bekalan air.

“Apabila selesai, Air Selangor meneliti semula sistem pengagihan air supaya ia memenuhi permintaan bukan sahaja domestik atau industri tetapi keseluruhan.

“Jadi ini antara langkah aktif yang kita ambil dan saya percaya masalah ini dapat ditangani dengan baik,” katanya.

Projek mitigasi 2 melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3).

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-28 16:12:22 daripada Administrator

  •  
  • Print