Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MPSJ tawar bayar kompaun serendah RM10

SHAH ALAM, 30 SEP: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melaksanakan kempen ‘Flat Rate’ bagi membolehkan Orang Kena Kompaun (OKK) membayar cukai dengan kadar serendah RM10.

Yang DiPertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kempen itu berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini.

“Ia terbuka kepada semua jenis kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan MPSJ 2007 mengenai tempat letak kereta kecuali bagi Larangan Kenderaan Berat (LKB) 10 tahun dari tahun 2010 hingga 2015.

FLAT RATE

“Kempen itu bagi memberi peluang penduduk setempat yang dikenakan hampir 50 kompaun membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan penawaran kadar yang lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata sewaktu Mesyuarat MPSJ Jawatankuasa Kewangan Bil. 09/2015 hari ini, disini, hari ini.

Sebelum itu, Nor Hisham berkata, sebanyak 1,060,969 kompaun dikeluarkan MPSJ dari tempoh 1 Januari sehingga 31 Ogos 2015.

“Sebanyak 734,881 notis kompaun berjumlah lebih RM61 juta iaitu 69 peratus notis dikeluarkan, masih tertunggak.

“kita berharap, dengan perlaksanaan kempen ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk setempat dengan rasa tanggungjawab sebelum MPSJ laksanakan Ops Waran Tangkap selepas tamat tempoh kempen,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-05 15:44:11 daripada Administrator

  •  
  • Print