Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Dari buku 555 ke aset RM50 juta

PELABUHAN KLANG, 3 OKT: Kegigihan syarikat pelabuhan dan logistik, Baiduri Dimensi Sdn Bhd menempuh pelbagai cabaran bagi mengembangkan perniagaan wajar dicontohi usahawan lain.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata syarikat pegangan 100 peratus bumiputra itu kini memiliki aset bernilai RM50 juta kurang dari 20 tahun beroperasi berkat kegigihan Pengarah Urusan Baiduri Dimensi, Musa Mohammad dan kakitangannya.

IMG_20151003_103514

“Dalam tempoh yang singkat, kurang 20 tahun syarikat Baiduri Dimensi berjaya mencatatkan prestasi yang amat membanggakan khususnya bagi Kerajaan Negeri.

“Seperti yang dimaklumkan Musa, pada 1997 beliau hanya mempunyai sebuah lori dan dibantu isterinya yang tidak tidur walaupun adakalanya rakan kongsi  memang betul-betul tidur,” katanya pada Majlis Perasmian Gudang Baru Baiduri Dimensi, di sini, hari ini.

Katanya, kejayaan syarikat Baiduri Dimensi mengembangkan perniagaannya turut memberi impak ekonomi kepada Selangor dan rakyat negeri itu khususnya dalam bidang pekerjaan.

Sementara itu, Musa ketika mengimbau kembali pengalamannya memulakan perniagaan logistik berkata menggunakan modal RM10,000 dan buku 555 untuk mengambil pesanan.

IMG_20151003_103447

“Hari ini amat bersejarah bagi Baiduri Dimensi dan diri saya apabila awal perniagaan ini cuma berbekalkan sebuah lori, modal RM10,000 dan hanya menggunakan buku 555 untuk membuat kira-kira juga mengambil pesanan pelanggan.

“Rakan perniagaan saya yang juga ‘sleeping partner’ Rafidah Ashikin iaitu isteri menyediakan invois untuk pelanggan,” katanya.

Hari ini, Baiduri Dimensi berjaya memiliki tiga gudang seluas 360,000 kaki persegi, 50 ‘Prime Movers’, 300 trailer dan aset lain yang dianggarkan bernilai RM50 juta.

Beliau berkata, Baiduri Dimensi juga berjaya mengembangkan aktiviti perniagaannya di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor pada 2001 selain Pelabuhan Klang.

Baiduri Dimensi yang mempunyai lebih 500 pekerja ketika ini turut mensasarkan meluaskan perniagaan dalam bidang perkapalan pada masa hadapan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-05 15:50:07 daripada Administrator

  •  
  • Print