Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jerebu: Sekolah di Selangor dan di beberapa negeri tutup 21 Oktober

SHAH ALAM 20 OKT: Semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur ditutup esok (21 Oktober), berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terjejas mencapai tahap tidak sihat.

Turut ditutup akibat masalah serupa adalah sekolah di daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan Tanjung Malim di Perak serta daerah Kuala Muda dan Yan di Kedah.

JEREBU

Sekolah di daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Simunjan, Lubok Antu dan Samarahan di Sarawak turut ditutup esok.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan , penutupan itu melibatkan seramai 1,734,668 pelajar daripada 2,528 sekolah.

“Jabatan Pendidikan negeri dan daerah bersama pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan.

Jerebu notis

“Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, pihak terbabit boleh mengambil tindakan penutupan seperti ditetapkan kementerian,” katanya.

Sementara itu semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan serta sekolah di daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor; Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah dibuka seperti biasa esok.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-21 08:18:54 daripada Administrator

  •  
  • Print