Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tiada kompromi kakitangan awam langgar integriti

SHAH ALAM, 25 OKT: Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi ke atas mana-mana kakitangan awam yang melanggar prinsip integriti dan ketelusan dalam perkhidmatan awam negeri.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata hal itu selaras dengan ketegasan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang menitik beratkan perkara itu.

“Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi atas mana-mana penjawat awam yang melanggar prinsip integriti dan ketelusan.

integriti 4

“Dato’ Menteri Besar sangat tegas dalam perkara ini. Kita tidak mahu orang ramai tidak menghormati kakitangan lain disebabkan beberapa perkara,” katanya kepada Selangor Kini.

Ean Yong berkata Kerajan Negeri menyerahkan kepada pihak undang-undang supaya mengambil tindakan sepatutnya.

“Segala isu dan tingkah laku tidak betul atau melanggari undang-undang akan ditangani melalui agensi berkaitan.

“Kita tidak  menghalang sebarang siasatan dibuat,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pegawai pelesenan dan sembilan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor antara 11 yang direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lesen projek rumah urut di kawasan Lembah Klang.

Seorang orang awam dikatakan bertindak sebagai orang tengah antara penguatkuasa dan pemilik rumah urut turut direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan perintah reman itu yang dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret terhadap kesemua lelaki berumur antara 30-an hingga 50-an.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-27 08:56:52 daripada Administrator

  •  
  • Print