SHAH ALAM, 28 OKT: Aedes Bio Based Fuel (ABBF) inovasi hijau dari formulasi minyak masak terpakai dipercayai mampu memerangi aedes penyebab demam denggi.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata penemuan hasil kajian terbaru itu adalah usaha mengganti sebahagian campuran kimia dalam sebatian semburan asap (fogging).

Katanya, ABBF adalah inovasi pertama seadanya di Malaysia dan mungkin di dunia menjadikan minyak masak terpakai sebagai biodiesel.
“Penggunaan campuran kimia sebelum ini berisiko mengundang mudarat selain baunya busuk.
“Formulasi ini menjadikan bahan buangan tersebut sebagai alternatif menggantikan diesel bagi mewujudkan persekitaran lebih mesra alam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Produk Inovasi Aedes Bio Based Fuel (ABBF) di Kelab Kominiti Taman Tasik Cyberjaya, semalam.

(ABBF) adalah produk inovasi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Daroyah berkata, FRIM bersetuju untuk mempaternkan semula produk mesra alam itu dan mendaftar di dalam Malaysia Book Of Record.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2015-11-03 10:17:44 daripada Administrator