Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

25 kategori terima Selangor Excellence Business Awards (SEBA)

SHAH ALAM, 14 NOV: Lebih 25 kategori diiktiraf dan diberi penghormatan sebagai tanda sumbangan besar usahawan ke arah pembangunan ekonomi negara terutama kepada Selangor dalam anugerah Selangor Excellence Business Awards (SEBA) 2015.

Anugerah itu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMM) dengan kerjasama Majalah Pemimpin bertempat di Hotel Concorde Hotel, di sini, pada 13 November lalu.

MDM NOOR AZIAN ABDUL HAMID DEPUTY CEO - WAKIL

Yang DiPertua DPMM, Mohd Fadzli Mustafa, berkata anugerah itu untuk menggalakkan kesungguhan mereka terus kekal berdaya saing bukan sahaja dalam negara tetapi juga di peringkat global.

“Penerima anugerah ini sentiasa tabah, bekerja keras dan konsisten dalam bidang perniagaan walaupun pelbagai dugaan melanda terutama dengan keadaan ekonomi negara, harga minyak mentah semakin merudum dan nilai mata yang jatuh.

“Anugerah ini juga untuk mengiktiraf pembangunan pemimpin baru, menaik taraf pemimpin sedia ada dan pemangkin pertumbuhan bagi negara. Anugerah ini juga hanya permulaan perjalanan yang baru, menarik dan bermotivasi untuk usahawan terus berusaha serta dijadikan contoh buat bakal pemimpin baru,” katanya.

Penyampaian anugerah disampaikan YAM Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diiringi Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

IMG_1114

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Sementera itu, penerima anugerah Industry Class in Skin Care Product, Maya Matahari, berkata beliau tidak sangka akan menerima anugerah itu kerana baru mula berjinak dalam bidang usahawan.

“Anugerah ini sebagai pembakar semangat saya untuk terus maju dan berdaya saing,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-16 08:53:18 daripada Administrator

  •  
  • Print