Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Keganasan wanita perlu dihentikan semua pihak

SHAH ALAM, 26 NOV: Tiada kerjasama erat antara pegawai agensi Malaysia menyebabkan gejala keganasan wanita masih berleluasa sehingga hari ini.

Pemimpin Pertubuhan Inisiatif Pemberdayaan Wanita, Rodziah Ismail, berkata kebanyakan wanita masih tidak mengetahui hak di saat mereka diganasi.

rodziah

Katanya, Hari Menghapus Keganasan Terhadap Wanita tidak memberi makna walaupun ia disambut 25 November setiap tahun.

“Wanita seharusnya diberi bantuan yang lebih oleh pegawai agensi antaranya pegawai kebajikan, pegawai polis, mahkamah, pegawai Jabatan Bantuan Guaman serta orang ramai.

“Usaha reaktif semata-mata tidak akan menjamin hasrat menghapus keganasan terhadap wanita,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, wanita disarankan melengkapkan diri dengan iman dan pengetahuan supaya diri mereka tidak diganasi sesiapa.

Elimination VAW 2015

“Keganasan terhadap wanita adalah pelanggaran yang nyata terhadap hak keinsanan yang boleh dituntut di dunia dan akhirat.

“Justeru, warganegara Malaysia berkepentingan untuk mengetahui isu keganasan terhadap wanita dan bagaimana boleh membantu mengatasinya.

Difahamkan, Hari Menghapus Keganasan Terhadap Wanita memperingatkan warga dunia tentang jenayah dan pelanggaran hak terhadap wanita daripada sudut fizikal, emosi dan mental.

Antara keganasan yang sering berlaku melibatkan kes keganasan rumah tangga, rogol, serangan seksual, penderaan seksual melalui multimedia, paksaan melakukan seks dalam rumah tangga, sumbang mahram, keganasan terhadap wanita hamil dan pemerdagangan manusia.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-30 12:00:25 daripada Administrator

  •  
  • Print