Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Langsai kompaun serendah RM15 di SAOW

SHAH ALAM, 10 DIS: Orang Kena Kompaun (OKK) terus berpeluang melangsaikan kompaun bagi kesalahan tempat letak kenderaan dengan bayaran serendah RM15 sahaja.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata tawaran istimewa itu sah di kaunter Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) sahaja.

Katanya, peluang keemasan itu boleh direbut pada 13 Disember (Ahad) ini apabila SAOW bakal beroperasi di Padang Jalan Kangkung Puteri 24/7B, Seksyen 24.

SAOW

“Kami berharap orang ramai yang mempunyai tunggakan kompaun untuk mengambil kesempatan pengoperasian SAOW bagi menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Waktu pengoperasian pejabat bergerak ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

Beliau berkata, SAOW turut menyediakan kemudahan perkhidmatan lain untuk kesenangan warga Shah Alam.

“Antaranya, kami menyediakan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kupon tempat letak kereta.

“Orang ramai juga boleh melakukan pembaharuan dan semakan lesen perniagaan, kaunter aduan dan sebagainya,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-15 10:08:33 daripada Administrator

  •  
  • Print