Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Bengkel khas bincang isu vape awal 2016

SHAH ALAM, 17 DIS: Kerajaan Selangor akan mengadakan satu bengkel khusus bagi membincangkan isu penggunaan rokok elektronik atau vape sebelum memutuskan pendirian untuk mengharamkannya atau tidak.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata bengkel itu akan diadakan awal tahun hadapan dan dikendalikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak akan membuat keputusan terburu-buru, namun aspek kesihatan sosial akan diberi keutamaan.

MOHAMED AZMIN

“Semalam dalam mesyuarat Exco kita putuskan supaya Exco Kesihatan, Dr Daroyah mengadakan satu bengkel awal tahun hadapan melibatkan Kementerian Kesihatan, pertubuhan belia dan beberapa badan bukan kerajaan untuk melihat kesan penggunaan vape terhadap kesihatan.

“Kita akan melihat rumusan bengkel itu sebelum sebarang keputusan diambil kerana tidak mahu mengambil tindakan tergesa-gesa tanpa mendapat maklum balas daripada profesional khususnya doktor, kementerian dan belia.

“Kita dengar dahulu pandangan mereka sebab kesihatan rakyat perlu diutamakan dan tidak mahu ada kesan sosial jika perkara ini tidak ditangani dengan baik,” katanya kepada media di lobi SUK Selangor, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kelantan dan Johor mengambil pendirian mengharamkan penggunaan vape dan pengusaha diminta mengosongkan premis atau berdepan tindakan undang-undang.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-22 15:06:42 daripada Administrator

  •  
  • Print