Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Buat permohonan miliki kediaman dengan LPHS

SHAH ALAM 25 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyarankan orang ramai yang berpendapatan rendah dan berhasrat untuk memiliki kediaman di negeri itu supaya membuat permohonan menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifah, berkata langkah itu bertujuan memudahkan pihaknya menyediakan lebih banyak rumah mampu milik sekali gus membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (3)

“Kami lihat rakyat Selangor sukar untuk membeli rumah di negeri ini berikutan harga rumah yang ditawarkan pemaju lebih RM500,000 sebuah.

“Oleh itu PKNS mengambil pendekatan menyediakan rumah mampu milik dengan harga sekitar RM175,000 hingga RM250,000 (sebuah), selain memenuhi dasar kerajaan negeri untuk terus memberikan komitmen membina lebih banyak rumah mampu milik,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata rakyat Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan serta berdaftar dengan LPHS, akan diberi keutamaan untuk memiliki kediaman yang ditawarkan PKNS.

Jelas Azlan, antara syarat untuk memiliki kediaman itu ialah pemohon mesti berumur sekurang–kurangnya 18 tahun semasa permohonan dibuat, pendapatan individu atau keluarga kurang daripada RM10,000 sebulan dan pemohon serta pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Katanya, PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik.

“Untuk tujuan ini PKNS menyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 750,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.

“Tahun 2015 ini juga merupakan tahun terpenting apabila PKNS berjaya membina sejumlah 7,500 unit rumah mampu milik di seluruh Selangor iaitu tahun pertama dalam fasa lima tahun itu,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-29 08:17:25 daripada Administrator

  •  
  • Print