Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pakir dibahu jalan sesuka hati, punca trafik sesak

SHAH ALAM, 7 JAN: Perbincangan sudah dijalankan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa lain bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Jalan Batu Caves berhampiran Kampung Simpang Tiga, Gombak.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata satu mesyuarat sudah diadakan bagi membincangkannya dan tindakan susulan akan diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

hasbullah gombak setia 16 mei 01

“Tindakan jangka pendek dilakukan adalah kita meminta JKR dan semua pihak berkaitan mengambil tindakan bersesuaian dengan peranan masing-masing.

“Antaranya JKR diminta melihat kedudukan lampu isyarat di sepanjang jalan di kawasan itu yang mana ia perlu kepada kajian semula supaya dapat diselaraskan,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Kesesakan berlaku di kawasan itu ekoran tumpuan orang ramai ke premis perniagaan terutamanya beberapa restoran yang beroperasi 24 jam.

SIMPANG SESAK

Beliau berkata, masalah kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan itu akibat sikap pemandu memarkir kenderaan sesuka hati dan tidak pada tempatnya terutama pada waktu puncak.

Katanya, ia ditambah pula dengan kedudukan lampu isyarat tidak selaras antara satu sama lain menyebabkan jalan raya menjadi sempit.

“Keadaan ini mengakibatkan kenderaan yang datang dari pelbagai arah dan lorong menjurus kepada satu lorong hingga berlaku kesesakan,” katanya.

Katanya, kawasan di bahu jalan itu semenangnya tidak disediakan ruang parkir kenderaan dan penyediaan ruang terbabit boleh dibuat sekiranya bersesuaian.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-11 09:12:48 daripada Administrator

  •  
  • Print