Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

1,000 rumah di Petaling Jaya dikecualikan cukai taksiran

PETALING JAYA, 8 JAN: Sebanyak 1,000 buah rumah di kawasan Kampung Chempaka, Petaling Jaya layak menerima pengecualian cukai taksiran diluluskan Kerajaan Negeri tahun ini.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata langkah itu memberi manfaat khususnya kepada rakyat berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

IMG_3485

“Rata-rata rakyat menyambut baik khabar berita itu selepas dilaksanakan Kerajaan Negeri walaupun sebelum ini ramai kurang pasti kesahihan selepas pembentangan belanjawan 2016 lalu,” katanya.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah meluluskan pelaksanaan pengecualian cukai taksiran bagi kategori rumah kos rendah dan rumah kampung.

Pada masa sama, Bee Yin berkata, lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga diberi pengecualian pada 30 Disember 2015.

“Pengecualian cukai taksiran itu diberi secara menyeluruh kepada semua kediaman kos rendah, antaranya rumah dibeli dengan harga RM42,000 dan ke bawah, termasuk rumah Rumah Selangorku Jenis A atau mana-mana rumah dibeli secara Sub-sale,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pengecualian cukai taksiran akan diberikan kepada 167,466 buah rumah kos rendah dan 52,781 rumah kampung.

Selain itu, seramai 67,804 pemegang lesen peniaga kecil seperti peniaga pasar malam, peniaga pasar tani, penjaja dan seumpamanya turut menerima pengecualian fi.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-11 09:14:53 daripada Administrator

  •  
  • Print