Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Projek Mitigasi 2 siap, Selangor sedia hadapi El Nino

SHAH ALAM, 15 JAN: Projek Mitigasi 2 yang siap sepenuhnya pada hujung Januari ini mampu menampung keperluan air terawat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), Yeo Bee Yin, berkata Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor mengambil langkah proaktif bagi menghadapi musim kering berpanjangan atau El Nino.

empangan Selangpr

“Saya berpuas hati tetapi ini pendengaran tertutup pertama dan kita buat pendengaran seterusnya untuk maklumat lebih lengkap daripada segi teknikal dan angka. Hari ini hanya gambaran besar sahaja yang diberi,” kata Bee Yin.

Adun Damansara Utama itu berkata demikian kepada SelangorKini selepas mempengerusikan pendengarkan tertutup JPK-SAS di Bangunan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Bee Yin turut melahirkan keyakinan bahawa semua empangan yang ada mampu bertahan sepanjang musim El Nino kecuali bagi Empangan Langat.

“Saya agak yakin untuk Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air bersih tetapi yang menjadi kerisauan kami adalah Empangan Langat dan jawatankuasa akan adakan pendengaran seterusnya.

“Ia untuk menumpukan fokus kepada Empangan Langat kerana kami bimbangkan persediaan kolam, pencemaran di Empangan Langat,” kata Bee Yin lagi.

Terdahulu, pendengaran tertutup JPK-SAS diadakan bagi membincangkan persediaan menghadapi kesan El Nino yang dijangkan berlarutan sehingga bulan Mac 2016.

Pendengaran yang dipengerusikan Bee Yin itu turut dihadiri jawatankuasanya Adun Bangi Dr Mohd Shafie Ngah; Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak; Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran; Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar dan wakil daripada UPEN.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-20 08:31:43 daripada Administrator

  •  
  • Print