Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

SUKIPT: UNISEL sasar empat pingat emas

SHAH ALAM, 24 JAN: Kontinjen Universiti Selangor (UNISEL) menyasarkan kutipan empat pingat emas dalam Kejohanan Sukan Intitut Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang bakal bermula pada 25 Januari sehingga 5 Februari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Seramai 134 atlet bakal menyertai 12 bahagian selain sasaran mengutip empat pingat perak dan empat pingat gangsa.

atlit unisel 2

Antara acara yang disertai buat kali ketiga adalah badminton, tennis, bola tampar, taekwando dan silat.

Majlis penyerahan bendera kontinjen disempurnakan Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin kepada Penolong Pegawai Sukan UNISEL, Mohd Anuar Husin sebelum berlepas ke Skudai.

Kerajaan Negeri menerusi Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari turut memperuntukan RM20,000 untuk kegunaan atlet UNISEL sepanjang kejohanan selama dua minggu.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-27 08:34:07 daripada Administrator

  •  
  • Print