SHAH ALAM 1 FEB: Kerajaan Selangor mempelawa semua pelajar yang memenuhi kelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor bagi Sesi Pertama 2016.
Pelajar boleh membuat permohonan secara atas talian bermula pada 1 Februari sehingga 29 Februari ini di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/.

Syarat kelayakan permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor.
Pemohon juga adalah kelahiran di Selangor atau Ibu atau bapa lahir di Selangor; Atau pemohon bermastautin lebih lima tahun di Selangor dengan pengesahan daripada Adun, Penghulu, Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.
Kadar pinjaman ditawarkan adalah seperti berikut:
Kadar Pinjaman bagi setahun adalah Ijazah (Perubatan) sebanyak RM7,000.00, Ijazah (lain-lain) RM6,500.00, Diploma RM4,900.00 dan Sijil RM4,000.00.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2016-02-01 16:54:31 daripada Administrator