Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Peruntukan baiki kubah Masjid Negeri dilulus DNS

KLANG, 2 FEB: Kerajaan Negeri melaksanakan projek penggantian kubah Masjid Negeri Shah Alam bagi memenuhi keperluan semasa yang memerlukan pengubahsuaian segera

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata projek itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia diluluskan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada tahun lalu.

IMG_20160129_111855

“Kubah masjid ini memerlukan pengubahsuaian dan projeknya diluluskan dua tahun lalu.

“Dalam sidang DNS baru-baru ini kita bentangkan dan diluluskan,” katanya kepada media selepas perasmian majlis Pesta Tanglung Tahun Baru Cina di Taman Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri melaksanakan semua projek di Selangor selepas penelitian terhadap keperluannya dan perancangan dibuat secara telus juga bertanggungjawab.

“Projek penggantian kubah masjid ini juga demi kepentingan umat Islam,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Mas Abdul Rahman Mas Mohamed, berkata kerja penggantian kubah itu dijangka siap pada 5 Disember tahun ini.

Katanya, terdapat 77 bilangan punca air pada permukaan kubah untuk kegunaan penyelenggaraan dengan kos RM32.4 juta.

Kubah baru itu menggunakan sistem punca air yang juga sistem pertama di dunia.

Pihak JKR memilih bahan vitrous enamel yang lebih kemas, ringan dan selamat serta lasak daripada bahan asal untuk kubah terbabit.

Kubah masjid sebelum ini sebahagiannya menunjukkan kecacatan seperti karat yang mungkin disebabkan oleh penggunaan cecair kimia semasa penyelenggaraan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 10:37:02 daripada Administrator

  •  
  • Print