Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

40 pelajar sertai Program Sains Magika

SHAH ALAM, 8 FEB: Lebih 40 pelajar berumur tujuh hingga 12 tahun menyertai Program Sains Magika anjuran Pertubuhan Belia Sinar Kasih.

Anjuran itu mendapat kerjasama dengan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Selangor yang diadakan di Kampung Sungai Kayu Ara.

Menurut laman facebook Exco Pendidikan, program Sains Magika diadakan bertujuan menimbukan minat pelajar melalui dunia silap mata dengan penerangan prinsip sains disebaliknya.

SAINS MAGIKA 3

Program dijalankan graduan aliran sains terdiri daripada ahli jurutera, kimia, fizik itu secara tidak langsung memberi penerangan mengenai disiplin sains.

Antara eksperimen dijalankan termasuk genggam telur, struktur monocoque dan kaitan daya, tekanan dan luas pemukaan.

Selain itu, pelajar juga didedahkan tentang belon helium, ketumpatan gas, alat pemadam api, membina alat pemadam api karbon dioksida dengan sodium bikarbonat dan cuk, serta Gyroscope.

Program itu diharapkan dapat membina keyakinan pelajar melalui hands-on eksperimen serta menanamkan minat kepada ilmu sains pada usia yang muda.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 10:48:55 daripada Administrator

  •  
  • Print