Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Dua Exco Selangor dipanggil beri keterangan isu denggi

SHAH ALAM, 17 FEB: Dua Exco Kerajaan Negeri akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) berkenaan wabak denggi di Selangor.

Exco terbabit adalah Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi serta Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh berkata, SELCAT turut memanggil 18 individu lain termasuk pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah.

PC-6713

“Selangor mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi di Malaysia menurut Kementerian Kesihatan sebanyak 7,335 kes bagi tempoh 1 Januari 2016 hingga 2 Februari 2016,” katanya dalam sidang media di Lobi Bangunan Annex, DNS di sini, hari ini.

Pengerusi SELCAT itu berkata, enam lagi ahli jawatankuasa akan hadir iaitu Timbalan Speaker, Dr Shafie Ngah, Saari Sungib, Ng Suee Lim, Haniza Talha, Dr Xavier Jayakumar Sulaiman Abdul Razak.

Katanya, pendengaran kali ini akan menyiasat gerak kerja dan koordinasi arahan berkenaan langkah pencegahan denggi di Selangor.

“Kita mahu lihat adakah masalah peningkatan denggi ini mempunyai kaitan dengan sistem pengutipan sampah yang sedang kita lakukan.

“Laporan hasil pendengaran awam itu akan cuba dibentangkan dalam sesi pertama sidang DNS pada 28 Mac jika siap lebih awal, namun jika berlaku kelewatan ia akan dibawa dalam sesi persidangan kedua DNS,” katanya.

Pendengaran awam SELCAT akan berlangsung pada 23 Februari depan di Tingkat 2 Bangunan Annex.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-22 09:22:32 daripada Administrator

  •  
  • Print