Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor lancar pertandingan E-Commerce pertama di Malaysia

SHAH ALAM, 18 FEB: Selangor Information & E-Commerce Council (SITEC) dengan kerjasama Invest Selangor melancarkan pertandingan sulung ‘Malaysia Top EC Merchant Awards 2016′ buat semua peniaga E-Commerce di Selangor Digital Creative Center (SDCC).

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata perdagangan merentasi sempadan dijangka berkembang tahun ini dan Kerajaan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada industri.

SITEC

“E-Commerce merupakan wadah sesuai untuk meningkatkan eksport serta memupuk Selangor sebagai pusat perdagangan kerana ia menutup jurang yang mengongkong jualan secara tradisonal menerusi kedatangan pembeli ke Malaysia.

“Manakala, pembelian dalam talian akan menjimatkan kos perjalanan pembeli,” katanya dalam ucaptama pada majlis pelancaran  ‘Malaysia Top EC Merchant Awards 2016’ di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping dan Pengurus E-Commerce, Goh Boon Peng.

Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri komited memupuk perdagangan merentas sempadan menerusi agenda Komuniti Ekonomi Asean selain berharap pemain E-Commerce mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Jelasnya, penyedia logistik juga giat meningkatkan jumlah kenderaan mereka supaya dapat memenuhi pertambahan permintaan domestik sekaligus memberi petunjuk kukuh bahawa E-Commerce sedang berkembang di Selangor dan Malaysia.

“Kita gembira terdapat peningkatan usaha daripada pemain industri untuk melabur semula di Selangor bagi meningkatkan daya logistik serta kemudahan pengangkutan.

“Sebagai contoh nama besar E-Commerce seperti Lazada dan Photobook sedang melabur semula dana serta berusaha memperluaskan gudang mereka,” katanya.

SITEC 2

Pemenang pertandingan ‘Malaysia Top EC Merchant Awards 2016’ bakal membawa pulang hadiah lumayan berbentuk wang tunai RM10,000, trofi, sijil, ruang bekerja selama setahun di SDCC serta berpeluang mendapat peluang menimba ilmu bersama pemain industri.

Untuk keterangan lanjut mengenai SITEC, Online100 dan pertandingan ‘Malaysia Top EC Merchant Awards 2016’, mereka boleh menghubungi Loke Chee Hoo (012-670 5026) dan Fatin Fadila (016-551 0803).

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-22 09:24:19 daripada Administrator

  •  
  • Print