Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Rakyat lega tiada kenaikan tarif air

SHAH ALAM, 22 FEB: Rata-rata rakyat bersyukur dengan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk tidak menaikkan kadar tarif air dalam masa terdekat.

Kok Chooi Teng

Suri Rumah, Kok Chooi Teng, 41, berkata pengekalan tarif air itu memberi impak kepada rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.”Saya gembira Kerajaan Negeri terus kekal kan tarif air, menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa usaha memastikan kebajikan rakyat diberi keutamaan.

“Walaupun mungkin kesannya sedikit, tetapi dengan ekonomi sekarang sedikit sebanyak membantu rakyat yang sudah,” katanya kepada Selangor Kini.

Heng Myuk Lang

Suri Rumah, Heng Myuk Lang, 52, berkata beliau berharap Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula jika ada sebarang perubahan pada kenaikan tarif air kerana kesannya dirasai rakyat.

“Dengan kos barang semakin tinggi dan ditambah dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), saya harap kos air terus kekal supaya rakyat tidak terbeban,” katanya.

Promoter Dakwah, Shahrin Shaharuddin, 41, berkata keprihatian Kerajaan Negeri mengekalkan tarif air terus mendapat sokongan rakyat.

Shahrin Shaharuddin

“Memandangkan keadaan ekonomi yang semakin teruk sekarang, perkara sebegini mampu meringankan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan anak muda yang tinggal di perantauan.

“Walaupun tidak banyak kos air yang perlu dibayar jika dinaikkan, tetap memberi impak pada kehidupan seisi keluarga,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri tidak bercadang menaikkan tarif air seperti dihebohkan.

Katanya, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung perkara itu.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-22 09:33:39 daripada Administrator

  •  
  • Print