Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Manfaatkan pemberian air percuma

SABAK BERNAM, 27 FEB: Pemberian air percuma di Selangor perlu dimanfaatkan sebaiknya penduduk di negeri ini supaya jaminan perkhidmatan itu berterusan pada masa akan datang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata ia susulan Kerajaan Negeri memperuntukkan jumlah besar bagi pelaksanaan skim itu.

“Isu air bukan perkara yang boleh dipandang ringan apatah lagi kita pernah menghadapi krisis air di Selangor sebelum ini.

yunus


“Saya kira kesedaran untuk masyarakat lebih menghargai air amatlah diperlukan supaya perkhidmatan ini akan terus memberikan manfaat yang baik buat kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen ‘Wuduk Sempurna Jimat Air” dalam Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) di Masjid Ijtimai’ Kampung Tebuk Pulai dekat sini, malam tadi.

Pelaksanaan kempen itu katanya bagi menyambut saranan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali supaya masyarakat lebih menghargai perkhidmatan itu.

Dalam pelancaran kempen itu, demonstrasi pengambilan air sembahyang secara minima berpandukan lunas syarak turut ditayangkan kepada umum sebagai kaedah mengelakkan pembaziran.

Rakyat Selangor kini menikmati 20 meter padu perkhidmatan air percuma yang memberi tumpuan kepada golongan sasar termasuk pengguna berpendapatan rendah.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-02 11:22:38 daripada Administrator

  •  
  • Print