Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Lawatan ke Kelantan tingkat kerjasama pembangunan desa

SHAH ALAM, 29 FEB: Kerajaan Selangor mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan bagi membincangkan dan mengambil pendekatan dalam aspek pembangunan desa dan kampung tradisi.

Lawatan dua hari itu pada 15 dan 16 Februari lalu membabitkan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Azlina Abdul Aziz dan Penolong Pengarah UPEN, Nurul Asyikin Noridin.

lawatan Kelantan

Lawatan terbabit bermula dengan sesi pertemuan antara Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Dr Yunus berkata walaupun terdapat perbezaan pendapat terhadap struktur organisasi membabitkan setiap pembangunan kampung dan jawatankuasa antara kedua-dua negeri.

“Sesi perbincangan berjalan muhibbah dan bermaklumat. Walaupun terdapat perbezaan terhadap struktur organisasi membabitkan pembangunan kampung dan jawatankuasa kampung antara kedua-dua negeri, namun ada beberapa perkara yang boleh diambil manfaat oleh kedua-kedua pihak,” katanya dalam kenyataan.

Delegasi terbabit turut berkesempatan ke Wisma Datuk Rusly di Wakaf Che Yeh membabitkan Institusi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) dan Kolej Antrabangsa Inpens (INPENS).

Manakala, hari kedua, delegasi berkesempatan melawat Pusat Industri Kecil Sederhana (IKS) dan Pusat Rawatan Stimulaterapi yang dikenali sebagai Laman Terapi Damaisuri.

Seramai sembilan peserta mengikuti kursus jangka sederhana di ITKAU, Kuala Kubu Bahru melalui program Pembangunan Usahawan Kampung Negeri Selangor diberi peluang untuk memahirkan diri dalam bidang Rawatan Stimulaterapi selama tiga bulan di pusat latihan itu.

Dr Yunus berharap usaha Kerajaan Kelantan membantu anak Selangor untuk menjadi usahawan diteruskan dari masa ke semasa.

Selain itu, delegasi itu turut ke Kilang Mencanting Batik, pengusaha serunding dan dodol, melawat perusahaan pembuatan bahulu, bihun dan tempeyek secara tradisi.

Hadir sama wakil INPENS, Jefri Mejandan dan Solehah Yaakob serta Ketua Pegawai Eksekutif ITKAU, Datuk Rusly Abdullah.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-07 17:13:25 daripada Administrator

  •  
  • Print