Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

12,000 nikmati keenakan Nasi Ambang

SHAH ALAM, 8 MAC: Seramai 12,000 peserta termasuk daripada China menyertai Festival Nasi Ambang di Kejohanan Ping Pong 2016 anjuran Tourism Selangor dengan kerjasama Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di Stadium Malawati Shah Alam, pada 6 Mac lalu.

Tourism Selangor berkata festival itu diadakan bertujuan mempromosikan Malaysia khususnya Selangor sebagai destinasi pilihan dengan pelbagai aktiviti sukan dan beraneka makanan menarik.

Nasi Ambang

“Peserta diberi peluang mengambil bahagian mencuba masakan terkenal iaitu Nasi Ambang yang merupakan salah satu makanan tradisional di Selangor.

“Festival itu juga diharap menyerlahkan daya tarikan lain di Selangor supaya dapat menggalakkan lebih banyak pasaran selain memulihkan industri pelancongan sebagai hasil berterusan,” katanya.

Katanya, Nasi Ambang adalah masakan masyarakat Jawa bukan Melayu yang berasal dari Pulau Jawa di Indonesia terkenal di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.

Ia dihidangkan daripada nasi putih dengan kari ayam atau ayam masak kicap, sayur-sayuran, mee, beberapa ikan masin, daging goreng kelapa, dan sebagainya semasa perayaan seperti majlis perkahwinan, hari lahir dan kesyukuran yang boleh dinikmati sekumpulan empat hingga lima orang.

“Ia melambangkan perpaduan dan menggalakkan keadilan dan kesaksamaan itu melalui perkongsian makanan dalam satu dulang  dengan kepercayaan tidak ada perbezaan antara status, kekayaan dan kuasa,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-17 15:01:54 daripada Administrator

  •  
  • Print