Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor laksana 10 program asas tangani gejala sosial

SHAH ALAM, 10 MAC: Lebih sepuluh program asas bagi menangani gejala sosial dilaksanakan Kerajaan Negeri pada 2015 melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata antara program yang giat dilaksanakan termasuk program pemulihan, kempen Aman dan pengupayaan komuniti setempat.

12799084_1078440935539662_6334402563205853688_n

“Kerajaan Negeri turut melaksanakan program seminar remaja/belia GeMS, program pencegahan, program terapi keluarga, dan lain-lain yang diadakan di sembilan daerah di Selangor.

“Program ini membabitkan agensi dan badan kerajaan (NGO) seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangungan Modal Insan dan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Selangor, baru-baru ini.

Nik Nazmi berkata, program itu akan terus diperkasakan tahun ini dengan kerjasama semua pihak seperti Jelajah GeMS dan Santai Ambang Tahun Baru.

Pada masa sama, katanya, lebih 170 program INSAN dijalankan dengan pembabitan lebih 9,500 peserta, manakala tiga program ‘Jom Kerja!’ dilaksanakan dengan lebih 1,200 peserta berdaftar.

“Untuk kedua program ini, kita mensasarkan golongan remaja, penjawat awam, pimpinan masyarakat, pendidik, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), keluarga dan lain-lain,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-17 15:01:16 daripada Administrator

  •  
  • Print