Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Selangor kekal destinasi pelaburan terpenting negara

GOMBAK, 15 MAC : Peningkatan nilai pelaburan Selangor bagi tempoh 2015 membuktikan negeri itu kekal sebagai destinasi pelaburan terpenting negara, kata Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata perolehan besar itu mampu menjana kepada pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara untuk jangka panjang.

Selangor maju

“Pelabur asing meletakkan keyakinan tinggi dan hari ini prestasi pelaburan di Selangor berada di tangga kedua selepas Kuala Lumpur dalam sektor perkhidmatan.

“Ini membuktikan sektor ini mendapat perhatian daripada pelabur asing sekaligus mengesahkan Selangor sebagai destinasi penting pelaburan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan kepada keluarga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Yahya Sahri di Taman Samudera Batu Caves, semalam.

Laporan Jabatan Perangkaan bagi tempoh 2010-2014 menunjukkan Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah penyumbang terbesar bagi sektor perkhidmatan di Malaysia dengan jumlah gabungan sebanyak 49.9 peratus.

Sementara itu, statistik dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2015 menunjukkan sejumlah 222 projek pelaburan diluluskan.

Ia meletakkan Selangor memperolehi pelaburan RM7.96 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM7.04 bilion.

Mohamed Azmin percaya kejayaan itu berpandukan kepada prinsip ketelusan kepimpinan Selangor dan rakyat yang mahukan kerajaan telus dan bebas rasuah.

“Semua ini berlaku dan dapat kita catatkan kerana rakyat Selangor bertekad atas prinsip kebenaran dan ketelusan.

“Malah pimpinan yang ada kini juga meletakkan prinsip jelas iaitu pentadbiran berasaskan ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-17 15:12:07 daripada Administrator

  •  
  • Print