Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Juara hafaz Al-Quran kongsi ilmu

KLANG, 24 MAC: Lebih 300 pelajar Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi (MTIST) dari tiga buah sekolah diberi peluang berkongsi ilmu bersama lima juara hafazan peringkat kebangsaan 2016.

Majis perkongsian ilmu tersebut diadakan dalam program Sembang Santai anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Alam Impian, di sini.

Antara tiga buah sekolah yang hadir adalah daripada MTIST Alam Impian Klang, MTIST Istana Bandar dan MTIST Kuala Langat.

SEMBANG SANTAI

Panel dibarisi Mohamad Omar Mansu, Johan Kategori menghafaz juzuk 1-30, Syazri Muhammad Husni Mohd Sharoni, Johan Kategori menghafaz juzuk 1-10, Ahmad Adil Luqman Nor ismail.

Manakala Johan Hafizah bagi Kategori menghafaz juzuk 1-10, Fakhira Izzah Fahmi dan Naib Johan Kategori menghafaz juzuk 1-30, Ainul Mardhiah Md Pakhrurrazi.

Mohamad Omar, 21, berkata beliau tidak menyangka paksaan ayah menghantar beliau ke sekolah tahfiz seawal usia lima tahun membuahkan kejayaan amat membanggakan.

“Minat dan keazaman untuk menghafaz al-Quran datang dengan usaha bersungguh.

‘Bimbingan daripada guru dan ibu bapa, saya berjaya hafal 30 juzuk,” katanya sewaktu sessi sembang santai bersama Moderato, Ustaz Halim Hafidz.

Sementara itu, Syazri Muhammad, 18, berkata untuk kekal menghafal Al-Quran penjagaan pemakanan dan pergaulan adalah penting dan tidak boleh dipandang ringan.

“Saya tidak memakan makanan yang tidak sihat seperti makana segera dan makanan dari gerai luar. Selain itu, penjagaan ikhtilat seperti pandangan dan pergaulan perlu kita titik beratkan supaya tidak mengganggu hafalan kita.

“Saya sering mengambil peluang selepas waktu maghrib menunggu waktu isyak untuk menghafaz mana-mana juzuk yang lemah,” katanya.

Bagi Fakhira Izzah, 15, mengakui kejayaannya hari ini adalah hasil didikan ibu bapa yang tidak mendedahkannya dengan hiburan melalaikan sejak berusia tujuh tahun.

“Bermula sejak abang sulung menghafaz Al-Quran, kami adik beradik dididik ayah tidak terdedak kepada hiburan melalaikan.

“Walaupun pada awalnya saya agak memberontak, tetapi sekarang saya faham tujuan ayah dan hasilnya kami adik beradik menjadi Hafiz dan Hafizah,” katanya.

Hadir sama, Pembantu EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Razaly Hassan bagi mewakili Ahmad Yunus Hairi yang tidak dapat hadir.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-30 11:15:03 daripada Administrator

  •  
  • Print