Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Empangan Sungai Selangor di paras 68.5%

SHAH ALAM, 17 APR: Takungan air di empangan Sungai Selangor terus berada pada tahap konsisten walaupun taburan hujan berkurangan ekoran fenomena El Nino yang membawa cuaca panas terik ketika ini.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (Luas), empangan itu kini mencatatkan 68.55 peratus.

Bagi Empangan Batu, ia mencatat kadar takungan 72.63 peratus manakala Klang Gates pula mencatatkan paras empangan 65.27 peratus.

Kolam Takungan Sungai Labu pula 49.65 peratus dicatatkan dan empangan Langat 73.38 peratus.

Selain itu, empangan Semenyih 71.43 manakala empangan Sungai Tinggi 77.36 peratus dan empangan Tasik Subang pula 88.39 peratus.

Bagaimanapun, LUAS kini giat melaksanakan proses pembenihan awan di sekitar empangan Sungai Selangor bertujuan menambah kapasiti takungan air.

Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus air terawat ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-20 09:03:50 daripada Administrator

  •  
  • Print