Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

JAIS bangunkan apps semak sijil halal

SHAH ALAM, 28 APR: Pengguna di Selangor boleh menikmati makanan kegemaran mereka tanpa ragu-ragu lagi selepas ini apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membangunkan aplikasi menyemak status halal melalui telefon pintar.

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, berkata langkah membangunkan aplikasi itu dibuat bagi mengelak penipuan dengan menyalahgunakan logo halal.

“Dalam industri halal ini, kita sentiasa pantau setiap dua atau tiga bulan bagi memastikan pemegang bersijil halal sentiasa mematuhi garis panduan betul.

“Ini disebabkan terdapat segelintir pemegang sijil halal ini hanya pada beberapa bulan pertama sahaja mematuhi garis panduan ditetapkan,” kata Haris.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Eksekutif Halal Negeri Selangor 2016 di Hotel Concorde di sini, semalam.

Jelasnya, syarat pensijilan halal bukan sahaja mencakupi makanan mematuhi hukum syarak tetapi turut melibatkan pelbagai aspek termasuk kebersihan semasa penyediaan makanan.

“Halal yang kita mahu bukan hanya halal barang sahaja tetapi halal dan toyiban contohnya kalau dapur dia kotor, letak barang makanan di lantai, juga kita boleh tarik balik sijil halal,” katanya.

Ujarnya lagi, pihak didapati menyalahgunakan sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM250,000.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-02 23:06:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page