Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

300,000 penduduk Selayang terima manfaat Bas Smart Selangor

SELAYANG, 13 MEI : Perkhidmatan Bas Smart Selangor di Selayang bermula 16 Mei ini bakal memberi manfaat kepada lebih 300,000 penduduk sekitarnya.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata jajaran perkhidmatan membabitkan kawasan tumpuan orang awam seperti institusi pendidikan dan pelancongan.

BAS PERCUMA SELAYANG“Antara kawasan utama adalah Pejabat Daerah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pusat pelancongan Gua Batu Caves.

“Selain itu, ia turut melalui kawasan Bandar Baru Selayang, Stadium MPS, Hospital Selayang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Terminal Putra Gombak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pelancaran Bas Smart Selangor di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari; Exco Infrastruktrur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang; Gan Pei Nei.

Sebelum ini, jajaran Bas Smart Selangor MPS mendapat kelulusan daripada STANCO Pengangkutan 2 Febuari lalu meliputi laluan 41 hentian dengan jarak sepanjang 30KM.

BAS PERCUMA SELANYANG 2Chang Khim berkata, jajaran dan penyediaan laluan dipilih berdasarkan hasrat Kerajaan Negeri menggalakkan masyarakat menggunakan perkhidmatan awam.

“Kos operasi perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi kawasan Selayang berjumlah RM104,233 termasuk kos enam peratus (6%) GST sebulan dengan perbelanjaan setahun sebanyak RM1.25 juta.

“Perbelanjaan itu merangkumi kemudahan penyediaan bas berkapasiti 60 orang dengan kemudahan akses OKU dan wifi percuma kepada pengguna,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 00:55:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page