Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

LRA Semenyih 2 tampung keperluan 100,000 pengguna

DENGKIL, 8 OGOS: Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 di Jenderam Hilir dijangka mampu menyalurkan 100 juta liter air sehari (JLH) bagi menampung keperluan 100,000 pengguna di kawasan Semenyih.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pembinaan LRA itu antara agenda strategik Kerajaan Negeri untuk memastikan industri perkhidmatan air yang lebih efisien buat pengguna.

“Walaupun ia tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tetapi jika ada kerjasama baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, kita sedia untuk menggunakan rizab demi pembangunan rakyat.

IMG_8661“Ini langkah proaktif untuk menghadapi perubahan global dan peningkatan penduduk yang meningkatkan permintaan penggunaan air,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat Dengkil pastinya mendapat manfaat daripada projek itu yang melangkaui fahaman politik.

Mohamed Azmin kemudian menaiki jentera untuk melakukan simbolik pecah tanah sebagai tanda perasmian projek pembinaan LRA Semenyih.

LRA Semenyih 2 dibina dengan kos kos RM180 juta melalui Belanjawan 2016 bagi melaksanakan sumber air baharu sementara menantikan Projek Langat 2 siap sepenuhnya, pada tahun 2019.

Menerusi proses tander terbuka, ia berjaya mengurangkan kos keseluruhan 30 peratus daripada kos anggaran jabatan.

Selain Semenyih, sumber air LRA Semenyih 2 itu juga membekalkan air ke kawasan Beranang, sebahagian kawasan Hulu Langat dan pembangunan baharu di sepanjang Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Kerajaan Negeri juga dalam proses pembinaan LRA Labohan Dagang, Kuala Langat dengan kapasiti 400 JLH.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:16:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page