Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Nasib tiga keluarga miskin terus dibela

KLANG, 9 JAN: Nasib tiga keluarga miskin India terus mendapat perhatian Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa berkata, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sudah beberapa kali cuba membantu keluarga berkenaan.

Katanya, usaha itu bagaimanapun gagal kerana kesemua mereka tidak memiliki pengenalan diri sah.

“Masalah utama mereka selain kemiskinan adalah tiada dokumen sah iaitu sijil pengenalan diri.“Kami akan terus mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan mereka mendapat sijil pengenalan diri sah seterusnya membolehkan mereka menerima.

bantuan lain sama ada daripada JKM dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Semalam, Daroyah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga berkenaan yang kini tinggal di pondok kecil dibina di atas tanah rizab kerajaan, di Pekan Kapar dan Kampung Rantau Panjang.

Turut serta, Naib Ketua Wanita KEADILAN, G. Sivamalar, Ketua Komuniti India Kapar, Naren dan wakil JKM.

Terdahulu, Daroyah menyertai Persatuan Rekreasi Dan Kebajikan Amal Klang menziarahi anak-anak istimewa di Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang.

Bertempat di Lorong Bunga Raya, Kampung Raja Uda, beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan asas dan kerusi roda.

Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang Selangor ditubuhkan pada 1994 dan kini menjaga 70 anak-anak istimewa.

 

sumber :selangorkini


Kemaskini pada 2017-02-01 08:36:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page